Sel dasar
Sel dasar

Sel dasar

Dalam organisma multisel, sel dasar, juga dikenali sebagai sel tunjang, merupakan sel-sel yang tidak mengalami pembezaan sel atau hanya mengalami pembezaan sel pada tahap separa. Sel-sel tersebut boleh dibezakan kepada pelbagai jenis sel dan membahagi tanpa had untuk menghasilkan jenis sel dasar yang sama. Sel dasar ini merupakan jenis sel yang terawal dalam nasabah sel.[1] Sel-sel ini dapat dijumpai pada organisma pada tahap embrio atau dewasa, tetapi kelainan tahap organisma mempengaruhi sifat sel dasar tersebut. Sel-sel tersebut biasanya dibezakan daripada sel progenitor yang tidak boleh membahagi selama mana mungkin, mahupun dibezakan daripada sel pelopor atau sel blas yang biasanya tertumpu untuk membezakan diri terhadap hanya sejenis sel.Dalam haiwan mamalia, kira-kira 50–150 sel membentuk jisim sel dalam, yakni sekitar hari 5–14 pada tahap perkembangan embrio secara spesifiknya peringkat blastosista. Sel-sel pada jisim sel dalam ini mempunyai keupayaan sel dasar. Sel-sel tersebut secara in vivo akhirnya mengalami pembezaan menjadi semua jenis sel badan (menjadikan sel pada jisim sel dalam tersebut bersifat pluripotensi). Proses ini bermula dengan pembezaan kepada tiga lapisan germa – ektoderm, mesoderm dan endoderm – pada peringkat penggastrulan . Walau bagaimanapun, apabila sel-sel dari jisim sel dalam itu diasingkan dan dikultur secara in vitro, maka sel-sel tersebut dapat dikekalkan dalam peringkat sel dasar, dan sel-sel ini dikenali sebagai sel dasar embrio (ESC).Sel dasar dewasa ditemui di beberapa kedudukan terpilih dalam badan, yang secara spesifik dikenali sebagai cerukan sel dasar, seperti di sumsum tulang atau gonad. Sel-sel ini wujud untuk mengisi semula jenis sel yang hilang dengan pantas, dan sel-sel tersebut kebiasaannya bersifat multipotensi atau unipotensi, bermakna ia hanya dapat mengalami pembezaan kepada beberapa jenis sel atau satu jenis sel sahaja. Dalam haiwan mamalia, antara sel-sel dasar dewasa adalah termasuklah sel dasar hematopoiesis yang mengisi semula sel-sel darah dan sel-sel imun, sel asas yang mengekalkan epitelium kulit, dan sel dasar mesenkima yang mengekalkan struktur tulang, rawan, sel otot dan lemak. Sel dasar dewasa hanya terdiri daripada sebilangan kecil sahaja dan jauh lebih sedikit bernading sel-sel progenitor dan sel-sel yang lengkap pembezaannya.[2]Penyelidikan berkaitan sel dasar berkembang daripada penemuan oleh ahli biologi Kanada Ernest McCulloch, James Till dan Andrew J. Becker di Universiti Toronto dan Institut Kanser Ontario pada tahun 1960-an.[3][4] Sehingga ke tahun 2016, satu-satunya terapi perubatan menggunakan sel tunjang yang sudahpun mantap ialah pemindahan sel dasar hematopoiesis,[5] dengan pertama kali dilakukan pada tahun 1958 oleh pakar onkologi Perancis Georges Mathé. Namun sejak tahun 1998, sudah ada kemungkinan untuk mengkultur dan membezakan sel dasar embrio manusia (dalam melalui titisan sel dasar). Proses mengasingkan sel-sel ini telah menjadi kontroversi, kerana ia biasanya mengakibatkan kemusnahan embrio. Sumber untuk mengasingkan ESC telah dihadkan di beberapa negara Eropah dan Kanada, tetapi beberapa negara lain seperti UK dan China telah mempromosikan penyelidikan berkaitannya.[6] Pemindahan nuklear sel somatik ialah kaedah pengklonan yang boleh digunakan untuk mencipta embrio klon untuk kegunaan sel dasar embrionya dalam terapi sel dasar.[7] Pada tahun 2006, pasukan penyelidikan Jepun yang diketuai oleh Shinya Yamanaka menemui kaedah untuk menukar sel badan matang kembali kepada sel dasar. Sel-sel hasil daripada proses tersebut dipanggil sel stem pluripotensi teraruh (iPSCs).[8]

Rujukan

WikiPedia: Sel dasar http://www.explorestemcells.co.uk/WhyPerformStemCe... http://www.cancer.gov/cancertopics/factsheet/Thera... http://stemcells.nih.gov/info/basics/pages/basics6... http://www.mult-sclerosis.org/news/Dec2000/StemCel... http://www.israel21c.org/health/israeli-scientists... https://web.archive.org/web/20080530042215rn_3/www... http://stemcells.nih.gov/info/basics/ http://www.nature.com/stemcells http://dels.nas.edu/bls/stemcells/booklet.shtml https://www.newscientist.com/article/dn7003